Penilaian Menengah Rendah
January 01, 2011 @ 4:30:00 AM | 0 comments


Baru-baru ni setiap sekolah menengah di Malaysia telah digemparkan dengan keputusan PMR yang tiba-tiba mari lepas kanak-kanak berumur lima belas tahun sedang syok berseronok enjoy hari-hari cuti diorang pada bulan Disember. 23 Disember 2010; merupakan tarikh yang paling menakutkan bagi kami.



Tetapi, berita baiknya masa tarikh tu Aifa ada dekat kampung so tak boleh nak tengok resultnya depan mata sendiri. Mak ayah Aifa pun baru je balik dari ibadah Haji. Serius, menggigil badan bila tahu keputusan PMR masa hari tu.

Walaubagaimanapun, terdapat juga berita buruk. Kawan mak Aifa tu guru sekolah serta guru perpustakaan Aifa (dahlah aku librarian) sekolah Aifa so dengan satu panggilan telefon, dia minta tolong dari cikgu Azura. Yang bestnya cikgu tu jaga keputusan PMR pulak tu. Waduh, memang gelabah gila aku. lepas beberapa minit, cikgu Azura call balik and cuba teka apa? AIFA DAPAT 5A 3B JE ! Uwaaa , memang sedihlah. Lepas dengar tu, Aifa terus menangis. Satu sebab dapat keputusan teruk, lagi satu sebab jealous dengan Nabilah & sepupu Aifa dapat 8A. Pandai ouh diorang. Tapi Aifa dapat pengajaran dari situ. Sebab study last minute keputusan pun teruk. Lepas ni tak nak dah study last minute! D;

Begitulah kisah keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ku. Peace! :)


YuiWookie

Labels: , ,


Cuz you're like a caffeine
"I can't fall asleep at night"