New look :)
April 30, 2012 @ 11:25:00 PM | 0 comments


namu
*gif ini diguna sbb comel je, tiada kena-mengena dengan post. harap maklum.

Hoyeah, finally, I changed the blog's skin! ^0^ It's been a while since the last time I change the layout, aite? Busy punya pasal lah. Lagi satu aku malas nak cari skin baru sebabakurasalayoutlamaakutuhdahcukupawesome. Bahahaha perasan jap. xD Makin hyper pulak aku dalam bab blogging kebelakangan ni. Aifa oi, sedar sikit exam dah nak dekat lah mak cikk. STUDY!

Kbai.

Labels:


Japanese Language Club
@ 9:50:00 AM | 0 comments


Aku dah lama dengar khabar angin sepoi-sepoi bahasa pasal sekolah nak anjurkan Kelab Bahasa Jepun, sejak awal tahun lagi. Tapi yang aku dengar, sekolah nak buat tahun depan so I felt slightly disappointed hearing the news. Aku berharap sangat aku dapat join sebab aku dah lama tinggalkan bahasa Jepun, nak belajar balik. Rugi gila aku dah lupa semua hiragana, katakana, kanji semua tu. Dulu bukan main lagi aku dengan Atiqah praktis Japanese dalam kelas. Sampai perang mulut dalam Japanese lagi. xD Oh how I miss that moment. Masa tu masih budak hingusan, form 2, banyak masa. Sekarang masa nak study pun rasa macam tak cukup.


Setelah beberapa bulan berlalu..... Guess what? Harapan aku termakbul. ASDFGHJKL *0*

fangirl

Minggu lepas takda angin takda guruh tiba-tiba Sarah bagitau sekolah nak buat Kelab Bahasa Jepun and I was like "ASDFGHJKL i'm joining" so aku terus bagi nama aku kat Cikgu Rosnah. Atiqah orang first bagi nama. Haha, memang rakyat Jepun betul minah ni. Aku tanya macam-macam kat cikgu sebab excited gila nak join. Cikgu kata yuran dia RM10 serta akan dikendalikan oleh pengajar luar. Berbaloi gila kot, bukan senang nak cari pengajar luar. Aku puas hati sangat bila semua kriteria yang aku nak ada. :)

Namun begitu, kepuasan hatiku tidak kesampaian lagi. Aku baru dapat tahu tadi yang DATIN SENDIRI NAK AJAR KITAORANG. Ffffffuuuuuuuu andwaeeeeeee! Hancur berderai harapan, aku ingat nak belajar dengan aman dengan pengajar luar yang dikatakan akan mengajar kami tersebut. Entah apa-apa entah Datin ni. Tahulah fasih bahsa Jepun tapi hang cerewet sana-sini karang menyusahkan hidup aku pulak. Tak kuasa aku nak layan kehendak hang nanti. Ok, sekarang aku menyesal join Kelab Bahasa Jepun ni. Seriously aku kalau boleh tak nak dekat dengan Datin tu. Macam-macam dia complain karang. Inilah petanda yang aku hanya perlukan Bahasa Korea demi masa depan yang terjamin bersama seorang suami Korea yang hensem; lebih afdal orangnya adalah Kim Myungsoo tercinta (ayat mintak penampar). Oleh itu, silalah bawa diriku jauh-jauh daripada manusia ini sehingga ke Korea sana pffftt.

TASUKETE. AKU. NAK. KELUAR. DARI. KELAB. TU.
Kbai.

Labels: ,


I'm Ain't a Belieber
April 28, 2012 @ 2:11:00 AM | 0 comments


Tahun lepas Ummi ada hantar aku & adik aku, Alia pergi Excel Q-Minds Camp kat Semenyih, Negeri Sembilan masa cuti sekolah. Alaaa, camp yang selalu keluar kat iklan IKIM.FM tu pfftt. Mak aku hantar sebab kunun-kununnya dapat respon yang baik daripada golongan parents yang dah hantar anak-anak diaorang ke sana. Ibu bapa mungkin fikir macam tu tapi keadaan aku kat dorm dia seriously bosan, nak cari kawan punyalah susah sebab budak-budak kat sana teramat sangatlah gedik sekali. Malas aku nak layan. Tapi facilitators dia semua awesome. Favourite aku Ustaz Ebit Liew. Dia dah lah alim, sporting, comel pulak tu hohoho. Aku suka tengok dia senyum, sweet je. Untung betul isteri dia dapat dia. Selamat hidup dia dunia akhirat, insyaAllah.

So korang mesti terfikir apa kena-mengena kem ni dengan title post kan? Lol masa kat kem tu, ada sorang lelaki ni rupa dia sejibik macam Bieber. Aku ingat lagi minah-minah satu dorm aku sibuk berebut nak cop dia sampai perang mulut lagi pfftt entah apa-apa entah. Sikit pun tak comel, comel lagi Myungsoo aku (sempat lagi memuji husband tersayang xD). Makin membuak-buak perasan menyampah kat dia jadinya walhal dia tak buat apa-apa salah kat aku pun nyahahaha. Aku bagi gelaran kat dia Bieber jongang sebab ada sekali masa tazkirah solat maghrib hari tu ada sape tah panggil dia Bieber Jongang so aku ikut je lah hahaha. Lepas 4 hari 3 malam kat sana, akhirnya aku bebas daripada cengkaman Excel Q-Mind. Freedoommmm! :D

Setelah beberapa bulan meninggalkan waktu silam yang pahit lagi masam tersebut, nak jadi cerita, semalam Alia saja browse facebook dia lepas balik dari asrama dia. Biasalah nak lepas rindu kat facebook since the last 2 weeks dia tak boleh balik rumah. Masa dia tengah browse tu, dia saja check page Excel Q-Minds tu, nak tengok gambar kitaorang kat sana. Masa tengah check tu, dia terjumpa satu facebook ni nama dia "Amirul Iffat"macam famous semacam kat page tu. Dari icon kecik dia, tengok macam kenal je rupa dia. Sekali bila bukak profile dia... Walah, si Bieber Jongang rupanya! xD Baru aku tahu nama dia Amirul Iffat rupanya. Selama ni aku kenal dia sebagai Bieber Jongang je hahaha.

Alia tak berani add dia at first, tapi lepas aku add baru dia add. Aku kisah apa dia nak add ke tak tapi aku tanpa panjang akal pergi add budak tu, saja nak confirm-kan betul ke dia si jongang tu. Lepas tu dia jawab lah ha'ah, dia pernah pergi sana plus dia digelar "Bieber" kat sana. Aku cuma dapat jawab "ouh" & persoalan aku dah terjawab. Aku ingat conversation kitaorang dah habis tau, tapi tiba-tiba dia tambah dia kata dia ingat lagi rupa aku. Aku agak terkejut jugak sebab aku tak menonjol sangat kat kem tu. Aku pun cakap lah yang aku tak sangka dia ingat aku. Sekali lepas tu kan, dia kata kan... aku comel. Pfftt memang mintak lempang percuma betul budak ni. Nasib baik aku sabar lagi. Aku nafikan lah kenyataan dia tu sebab seriously muka aku biasa je. Lepas tu dia tanya umur aku. Aku jawab aku Form 5 tahun ni. Lepas tu korang nak tahu dia jawab apa? "Tua lah akak comel ni". Pffftttt berani dia panggil aku tua! Memang dia nak reserve sekali makan kasut aku agaknya. Aku tanya balik, Iffat ni umur dia berapa. Then dia jawab yang dia baru Form 2. Ok, budak lagi si jongang ni rupanya. Aku ingat dia around form 3,4 macam tu sebab dia tinggi gila. Maknanya masa kem dulu dia masih form 1 lah sekaligus barulah aku sedar bahawa ramai betul perempuan pedobear tahun lepas hahaha. xD

Aku cerita kat Alia pasal si Bieber jongang ni cakap aku comel, and all. Gelak berguling-guling dia dengar aku cerita ouh. Sejak tu, dia asyik panggil aku Belieber jeh sampai sekarang pfftt. Lepas tu kebetulan bulan lepas aku ada beli headset Beats tiruan edisi Justin Bieber punya, yang warna purple tu. Alia tak habis-habis asyik tunjuk benda alah tu kat aku sambil buat senyuman sinis dia tu. Aku beli sebab lawa je, bukan minat JB pun pffttt. Tak pasal-pasal sekarang aku rasa macam nak buang je headset tu hahaha. Makin annoying adik aku ni bila dia selalu nyanyi lagu Boyfriend menggunakan suara bajet hot dia tu kat aku. Pfftt baik aku layan Boyfriend kpop tu. Darn you, Bieber! Sebab kau adik aku dah tak betul hahaha. xD

Curious macammana rupa si jongos ni? Nah,

BIEBER JONGANG

Kau tekan lah link tu. Aku tak nak blog aku dicemari oleh replika Bieber. Kbai. xD

Labels: ,


Adam's Sport Day
April 27, 2012 @ 10:27:00 PM | 0 comments


Ummi ada kursus kejuruteraan apa tah, sampai pukul 5 petang. Abah pulak pergi Perhimpunan Bersih 3.0 kat KL tu sampai pukul 4 petang. Kak Chik pukul 2 petang nanti baru balik. While i'm here with Arisha had to accompany Adam to his school for the Sport Day thing. Babysit Adam memang penat gila, asyik kena kejar dia ke sana ke sini. But it was quite fun though sebab dikelilingi budak-budak tadika yang comel gila nak mati hehe. Here's some pictures from the event;



**Ada banyak lagi sebenarnya, tapi malas nak upload hihihi kbai. Assalamua'laikum.

Labels: , ,


sighs
April 24, 2012 @ 7:44:00 AM | 0 comments


Nampaknya diri aku semakin sebati dengan perkataan " Forever Alone". Aku unfriend ramai orang, aku block sebahagian daripada mereka serta yang paling hebat antaranya ialah aku macam dah kurang siuman asyik deactivate, reactivate facebook aku & vice versa. Twitter pun rasa macam nak deactivate je, tapi tak sampai hati lagi. Hanya blog saja yang memahami diriku since aku takda pembaca setia pun. Nampaknya perasaan kena bash ni makin lama makin parah, berdarah, bernanah. Di samping perasaan itu, suicidal thoughts slightly came through my mind. Terfikir je, tak buat pun ok. Huh, apakah ini adalah zaman kejatuhan Nur Aifa dalam alam maya? Ataupun adakah ini sebenarnya zaman kebangkitan Nur Aifa dalam alam realiti?

Memang dah lama simpan niat nak jauhkan benda-benda ni daripada hidup aku, cuz nak fokus dekat SPM je. I'm finally fully aware that i'm fall far away behind my studies, asyik sibuk melayan benda-benda ni je. For god sake SPM dah dekat sangat ouh. 187 DAYS LEFT WEYH! Dah ah masa form 4 dulu aku honey moon habis, asyik tidur dalam kelas, lepas tu sepatah haram aku tak ingat dah apa cikgu ajar dulu. Bila nak refresh balik, memang blur 24 jam je aku ni. Ya kawan-kawan, inilah salah seorang pelajar harapan SMKS4KD yang disangkakan penuh ilmu di dada, yang dipandang tinggi ramai pfftt. :/ Padahal tak pun. Aku sedar aku pun macam dah makin hilang semangat nak belajar, gara-gara kes bashing-membashing ni.

Oleh itu para pembaca sekalian, aku memohon doa anda supaya aku tidak putus asa plus sempat catch up semuanya. Aku tak nak masa depan aku hancur. Aku tak nak keputusan SPM aku nampak huduh. Yang paling penting, aku tak nak ummi abah kecewa dengan aku. Aku nak diorang bangga dengan aku. I want to stand tall (walaupun aku memang pendek). Tak nak dah lack of confidence ni, malu. Kbai.


*gambar blogger > forever alone credits to Awie. :P

Labels: , , , , ,


I'm in love
April 23, 2012 @ 9:32:00 AM | 0 comments


Pagi tadi macam biasa lepas dah mandi solat semua aku baru nak ikut jadual sekolah sebab malam-malam tu aku baru sibuk nak mengemas beg baju aku balik dari SESERI hari tu so buku-buku teks aku pun haram aku tak tahu semua cukup ke tak. Lepas dah kemas beg sekolah, aku terus tergesa-gesa keluar dari rumah dengan stokin pun pakai terbalik pffftttt. Nampak gaya pun dah tahu aku ni tak reti urus masa hahaha. Lepas tu, sekali masa nak keluar tu....

loves

dia ada kat depan aku ._____. Ok, jantung aku dupdapdupdap tak sangka dia ada kat luar. Aku pura-pura macam aku tak teruja pun nampak dia padahal dalam hati ni ya Allah ASDFGHJKL speechless aku dibuatnya! Serius tak sangka gila dapat jugak dapat tatap wajah dia pada pagi yang kelam-kabut tu. *0*

namu

Then masa aku nak masuk kereta, tiba-tiba dia head off first masuk kereta Abah. Aku pun pelik sebab Ummi tak mention apa-apa pun pasal dia nak tumpang. Dia duduk seat depan, aku duduk seat belakang, exactly belakang dia. Tetiba Ummi pun masuk kereta Abah sekali duduk kat seat belakang, katanya nak pergi pejabat pos. Ummi pun terkejut jugak tengok dia naik sekali. Bila Ummie check phone Ummi balik, actually dia ada mintak tolong nak tumpang, Ummi tak check phone dia pun rupanya hohohoho.

You know what? Usaha aku nak datang awal rupanya tak berguna. Aku sampai sekolah lewat jugak tadi. T_T Tapi sebab kitaorang sama-sama lewat aku tak berapa nak kisah sangat hahaha okey gatal jap. Oh ya, nak cerita sekali tadi masa kitaorang sampai sekolah, perhimpunan tengah pasang lagu Negaraku so aku pun terpaksalah jadi statue kat tengah jalan kununnya sebagai penghormatan pfftt. Tiba-tiba dia tanya "kenapa stop berjalan?" Aku pandang dia tapi tak mampu pandang lama-lama & jawab "pengawas suruh." Lulz suka hati aku je tapi sebenarnya otak aku buntu tak tahu nak jawab apa tadi. So yeah, kitaorang terpaksa beratur dengan budak-budak yang lewat tadi. Sobs3 aku baru datang sekolah balik dari SESERI tu tapi datang lewat pulak. Sedih betul. Pelajar harapan kan? T_T

Lol lawak gila ouh. Lepas habis perhimpunan tu kan, Anis asyik kata "Sweet nya korang jalan sama-sama tadi. Lagi sweet dari kita dengan Arif." Lol merah padam habis muka aku tadi bila dia kata macam tu. Walhal mana ada kitaorang jalan sama-sama pun tadi yet aku asyik elak je dari pandang-pandang dia. Moments mcam ni selalu terjadi kat aku tapi aku tak reti-reti nak confess. Doakan jelah dia dapat tahu apa perasaan aku. Amin. Kbai. #Maluuuuuuuuuuuuu


*Title post atas permintaan Cik Nabilah Sawal :P

Labels: ,


lega
@ 9:01:00 AM | 0 comments


Ok, aku activate facebook aku balik lepas Atiqah pujuk tadi. Lepas tu aku delete facebook ustaz aku, his whole family & those yang tak serik-serik bash aku tu. Entah mengapa aku rasa aku telah buat perkara yang betul dengan bertindak meng-delete mereka dari friends list aku. However, aku masih bernekad tak nak online facebook. Kenapa? Sebab SPM dah dekat. Aku ingat nak fokus kat studies aku jelah. Facebook ni bila-bila masa boleh bukak tapi masa aku yang sepatutnya diluangkan untuk menelaah pelajaran tak boleh nak patah balik dah lepas ni. Aku tahu ramai kawan-kawan facebook rindukan aku. Aku pun rindu diaorang juga. Tapi tulah, bak kata Ummi, "kadang-kadang hidup ni perlukan pengorbanan untuk berjaya." To be honest, I never knew the real meaning of sacrifice before this until I leave Facebook. Facebook tu dah macam nyawa aku since setiap hari aku merepek merapan kat situ. But somehow, I believe this sacrifice is only for temporary, InsyaAllah. Lepas SPM nanti tanpa was-was memang akan kubalas dendam kat laptop mak aku lepaskan rindu kat facebook! Sumpah aku rindu Forever Alone! SANGAT! T______T Apa-apa pun, aku relieve sangat aku dah bebas! Uwaaaaaaa! (^0^)v

yeay!

Kbai nak tidur; esok sekolah kena bangun awal nak gosok baju kemas beg semua tu pffttt.
//Peperiksaan Pertengahan Tahun lagi 2 minggu. #cuaktahapmaksima.

Labels: , , ,


T_T
April 22, 2012 @ 7:07:00 AM | 1 comments



Safely deactivated my Facebook account T_T Uwaaaaaa sedihnyaaaa! Demi masa depan aku, demi maruah aku, demi menjaga nama baik family aku, akhirnya kututup jua akaun facebook aku. Tak suka lah aku ustaz selalu sindir aku macam ni, rimas. Sampai nak bagitau semua orang bagai. Apa kata announce je kat satu dunia biar setiap negara tahu aku minat kpop? Pffttt baik aku deactivate je facebook tuh, end of story. Dah tak suka sangat aku update pasal kpop en. Puas hati sekarang? Ya, aku bekas pelajar sekolah agama yang minat kpop tapi tak bermakna aku abaikan agamaku. My religion is still my priority. Wrong, Allah is my priority. I still depending on Allah bila ada masalah, bukan kat korean people yang aku minat tuh.

Pedih hati ni tahu tak gaduh dengan parents sebab aku minat kpop ni? Bertambah pedih hati ni bila ummi kata dia malu kat ustaz pasal aku minat kpop & selalu layan kawan-kawan kpoppers kat facebook. Aku tak tahulah apa yang ustaz dah bincang dengan ummi abah hari tu tapi for sure minat aku terhadap kpop bukan penghalangku nak berjaya dunia akhirat yet aku jadikan kpop sebagai alternatif impian aku nak sambung belajar kat Korea, cari suami yang baik & arif dalam bab keagamaan ni kat sana. Bias-bias aku tu biasalah minat kan? Dusta lah kalau perempuan tak minat lelaki ni. (melainkan dia lesbo kahkahkah) Hey, aku fikir jugak ciri-ciri sebenar-benarnya teman sehidup semati ideal aku. Apa anda ingat saya ni tak tahu macam mana nak bezakan yang baik dan buruk?

Sebenarnya aku tak kisah sangat ustaz selalu perli-perli aku sejak dulu lagi tapi bila dah libatkan parents ni memang aku bertindaklah. So yeah, aku korbankan facebook aku sebab nak buktikan kat parents aku yang aku tak perlukan facebook untuk rasa diri aku ni diperlukan plus aku masih ada kawan-kawan in real life yang jadi tulang belakang aku selama ni. Tapi hakikatnya kan, aku memang perlukan kawan-kawan kpoppers aku. Bila aku ada masalah macam ni, diaorang akan selalu ada untuk tolong aku. Tapi kali ni aku undurkan diri sekejap, aku tak nak diaorang terlibat. This is between me, my parents and my old ustaz.

Mianhae geng Forever Alone. Angin takda ribut takda, tiba-tiba je aku deactivate facebook aku. Mesti korang terkejut kan? Hurm aku anggap benda ni serius. T_T Airin, Fyfy, Meera kembar, Aidalina, Syed Azim, Syed Arep, Hairil, Little Gyu (Siti something xD), Akmal, Peace Maoh (aku pun tak tau nama sebenar kau xD), Ann Mikkie (kau pun aku tak tahu nama sebenar xD), Pein Akatsuki (kau pun sama xD), Danial (hang kat sekolah boleh jumpa xP) dan yang lain-lain, nal gidaryeo eo? Aku akan buat comeback bila tiba masanya. Baru ingat nak spazz sama-sama masa Infinite buat comeback bulan depan tapi tulah, macam ni pulak jadinya. Sobs3 akan kukenang anda semua di dalam doaku. T_T *lap hingus*


sobs3 T_T

Labels: , ,


dugeun dugeun
@ 7:06:00 AM | 0 comments


Hurmm bab meluahkan perasaan ni memang bukan kepakaran aku. Aku ada banyak peluang nak bagitau dia yang aku *batuk*suka*batuk* dia selama ni tapi masih tak terluah. Sebab apa? Sebab setiap kali tekak aku dah bersedia nak ucap tiga perkataan keramat tu, aku selalu teringat yang aku dah fikir masak-masak tak nak berboypreng masa sekolah. Aku tengok ramai manusia yang kapel ni macam dah takda hala tuju hidup so aku ambil pengajaran dari situ so aku tak nak tergolong dalam golongan neh. Tapi.. tapi kan.. aku suka dia, tak boleh nak elak sobs3 T_T Oleh itu wahai crush, hayatilah translation lirik lagu ni. This is exactly how I feel deep inside my heart for you.

*sila ignore part "pls hold my hands" tu. yg tu terkecuali hihi ^^


I wonder, adakah anda sedang membaca ini wahai manusia yang ku gelar crush? Adakah anda? Kalau ya, angkat tangan! Haha okey mengarut. okeybai. aku maluuuuuuuuuuuuu tahap maksima! *Balut muka dengan selimut*

STFU
@ 1:54:00 AM | 0 comments


Assalamua'laikum wahai blog tercinta. Cheq rindu merepek merapan mengarut menyumpah kat hang. Sorry tau curang dengan hang kat facebook. Facebook dulu best lah sebab ramai peminat (lah sangat pffttt) tapi sekarang ni cheq rasa macam ada makhluk-makhluk facebookers yang suka jaga tepi kain orang sedang bash cheq. Cheq tak kecut lah, bashers (lol suka hati buat perkataan baru). Nak jaga tepi kain orang pun berpada-pada lah, tahulah kaki aku seksi kau nak usha-usha hahaha okey, mengarut dah. Aku minat kpop tak bermakna aku tak sayang bangsa aku sendiri pfftt. -.- Sedihlah ada jugak manusia yang tak open-minded macam ni wujud kat muka bumi ni. Kau tak suka kpop sudah. Aku suka.

D.O

Hurmm sekarang ni hanya blog sahaja yang sudi mendengar segala masalah cheq yang entah apa-apa tahap kemengarutannya, kan blog laling? Blog: "Yaaaaa, saya sudiiiii!" K, forever alone komunikasi dengan blog sobs T_T Annyeong!

Labels:


SESERI
April 19, 2012 @ 7:16:00 AM | 0 comments


Baru-baru ni sekolah aku ada anjurkan program Inap Intelek (aku pun tak tau apa makna di sebaliknya. malas nak amik tau pfftt), tahun lepas pun ada. Kitaorang kena duduk kat SESERI for a week kunun-kununnya sebagai motivasi nak tingkatkan semangat belajar untuk SPM lah. Aku join sebab mak aku suruh padahal aku takda hati pun nak pegi. Tapi sebab sayangkan mak aku, aku pegi jela. Lagipun free of charge, cuma sediakan transportation ke sana je. So yeah, aku baru je balik tadi. Ni nak cite lah macam mana progression kat sana.

The first day we got there, ada some SESERI prefects kat situ & agihkan kitaorang ikut dorm masing-msing plus tolong kitaorng angkat barang masuk dorm. Baby, Tzi Yee & Choi Niy satu dorm, Syu & Fatin satu dorm and Aku & Syady satu dorm (Brassilium 1). Nama setiap dorm semua ikut nama saintifik orkid. Masa mula-mula masuk tu awkwaaarddd gilaaaa! Diaorang tanya soalan, aku jawab & vice versa. Tapi diaorang ramai yang jenis gila-gila so tak teruk sangat lah perasaan awkward tu. Friendly jugak lah diaorang. :) Lepas tu, bab katil pulak aku sebelah Syady kat hujung bilik dan katilnya tingkat atas. Ya Allah, malasnya aku nak naik turun tangga katil ouh. Nak tidur pun ada obstacle tapi nak buat macam mana, I had to deal with it sebab aku ni tetamu diaorang je. Siapa aku nak berdiva-diva kat situ kan~ Locker pun satu. Aku dapat locker yang first skali, depan pintu masuk. Pffttt aku nak tukar baju pun tak senang ouh. Sebab tu selalu pakai baju kat toilet je, private sikit. Syady pulak dapat locker dekat dengan katil. Untung lerr. :p Oh ya, lupa nak cerita. Katdorm tu kitaorang terjumpa sorang student form 4 ex SMKS10KD nama dia Ayu! :) Memang ayu je orangnya, lawa pulak tu. :*) Dia excited gila ouh bila jumpa kitaorang hahaha. Ada lah kitaorang sembang pasal manusia-manusia yang kitaorang kenal kat Sec10.

Masuk 6.40 pm, diaorang semua kena berkumpul kat Dewan Makan untuk dinner. Tempat duduk semua fix. Meja kitaorang exactly belakang meja VVIP. Diaorang kat sana kalau nak makan kena bawak sudu garfu, kalau tak kena demerit. Kesian gila. Tapi kan aku tak kisah sangat dengan rule tu sebab makanan dia sedap-sedap belaka, memang fantastic baby! Ada haritu kitorang makan nasi ayam uwaaaaa rezeki. :"3 Lepas habis makan, ada sorang pengawas datang kat meja kitaorang & bagitau kelas masing-masing. Aku & Syady dapat kelas 5 Fialaara, yang lain aku tak ingat kelas apa. Kelas dia pun ikut nama saintifik orkid. Oh sungguh, lupa nak cerita! Masa tu kitaorang dah habis makan. Masa tengah beratur nak letak pinggan, tiba-tiba Sarahani tegur aku "kenal tak sape?" Uwaaa, tak sangka terjumpa dia balik lepas dua tahun tak jumpa dah. Baby peluk ketat-ketat dia masa tu ouh. Rindu gila kot. Lepas makan semua tu, solat maghrib & Isya'. Malam Ahad tu aku tidur tak lena ouh duk fikir macam mana lah keadaan aku kat kelas Fialaara tu.

Hari Isnin sudah tiba. Aku bangun pukul 5.30 pagi tapi ramai gila dah cop. Kat sana diaorang ada satu budaya ni yang dipanggil 'after tandas'. Wokayy, aku tak suka betul bila diaorang reti cop tandas tapi tak reti nak masuk tandas yang telah dicop tu awal-awal. First time dalam hidup aku tengok budaya ni. Memang culture shock kot! Syady siap kena halau lagi ouh. Aku rasa budaya ni sesuatu benda yang amatlah tidak wajar dicontohi. Sepatutnya siapa cepat dia dapat lah adoii. ==" Lepas dah siap mandi, pakai baju sekolah, solat Subuh, breakfast semua tu, kitaorang kena bergerak ke Dewan Gemala Puteri (DGP). Kebetulan masa tu diaorang lancarkan Minggu Teknik dan Vokasional / Matematik. Perghh maju gila sekolah tu. Pengetua dia buat pelancaran tu guna LCD projector. Ohsem gila. Sekolah aku setakat cikgu bebel-bebel je.

Habis bla bla bla dgn pelancaran tu, kitaorang masuk kelas pulak. Ok, classmates aku semua boleh tahan lah. Meja aku depan Syady, kat row kedua tepi tingkap. Walaupun tak berapa rapat dengan diaorang, aku envy gila dengan cara diaorang aktifkan diri dalam kelas. Luar kelas diaorang macam biasa suka main-main tapi bila dalam kelas 100% fokus & serius. Salah satu faktor dia mungkin sebab cikgu diaorang garang-garang belaka kot. Tak macam cikgu kitaorang, supporting. :) Lagi satu fakta yang aku nak kupas kan, sekolah diaorang memang suka guna LCD projector lah. Presentation kat kelas guna projektor, cikgu diaorang pun ajar guna projektor. Projektor tu touch screen pulak tuh! Memang jakun habis-habisan tengok teknologi advance macam tu ada kat sekolah diaorang. K, bab presentation tu memang aku jelly lah. Tapi tang cikgu mengajar guna projektor tu aku tak setuju. Sepatutnya cikgu yang ajar, bukan komputer. Tapi yela kan, diaorang semua budak excellent. Cikgu ajar macam mana pun cepat tangkap. Kalau lah sekolah aku guna method macam ni, memang aku blur sampai akhir tahun agaknya. Waktu addmaths, kitaorang akan pergi bilik addmaths, Miss Ding ajar. Hari tu kitaorng belajar pasal graphing and Miss Ding perkenalkan Graphing Calculator kat kitaorang. Ya Allah, jakun betul aku tengok line dia bergerak kat kalkulator tu. Aku rasa macam baru belajar a,b,c ouh. xD Lepas tu en, masa last day kat sana waktu english cikgu (Miss Samimi) suruh buat latihan literature. Dah siap buat latihan tu, aku pun hantar lah (sebab malas nak bawak balik hohoho). Tiba-tiba en, Miss Samimi mintak address sekolah. Ok, cuak kot. She even asked my class name at SMKS4KD! Entah kenapa masa tu intuition aku rasa cikgu nak datang sekolah aku nak datang check kelas aku lol tak pepasal pulak.

Banyak lagi benda yang aku nak cerita tapi malas nak taip hehe. Ok, meh sini aku refresh balik Seserians yang aku ingat ----
Roommates- Ain; ketua dorm Brassi 1, Ayu; ex-student SMKS10, Anis; Heliza look-alike / budak kuat nyanyi, Athirah; the one yg selalu tolong aku cop tempat mandi (thanks dik! ^^), Rona; the one yang selalu mandi awal, Xin Yee; jiran locker kekeke. Dia ni sweet je ^^, Izlyn; jarang jumpa sbb dia busy dgn hoki tapi dia amatlah friendly ^^, Atiqah; inspirit satu dorm yg baru jumpa masa balik sobs3 T_T, Nudra; roommate paling banyak mulut xD Yang lain tu aku ingat lagi rupa diaorang tapi tak ingat nama lah. Sorry korang! Mungkin kita tak cukup masa untuk kenal kot. /╯﹏╰\
Classmates- Arina; ketua kelas 5 Fialaara dari Penang, Nadhilah; meja aku sebelah meja dia tapi tak banyak cakap, entah kenapa. Tapi serius dia comel ^^, Aida Wafa; selalu duduk sebelah dia waktu Addmaths; sangatlah peramah :) Nama kitaorang pun lebih kurang sama haha, Eirra; dia duduk sebelah Syady, peramah sangat ^^, Amalina; dia rapat dengan Mya & Iylia, Siti Amalina; kesian dia patah tangan x), Umairah; suka tengok muka dia comel bebeno *0*, Nadia; dia baik ^^, Diana; jenis gila-gila sikit haha, Nisha; jarang ckp dgn dia tapi dia baik ^^ Ada lagi sorang aku ingat dia PRS duduk sebelah Nadhilah. Aku paling ingat muka dia sebab dia pandai libatkan diri dalam kelas, kreatif pulak tuh. Tapi sayang, aku ni nyanyuk tak ingat nama dia. T_T Yang lain aku ingat lagi rupa diaorang tapi serius aku dah lupa nama diaorang. Haishh otak aku ni problem betul lah. ಥ_ಥ

So, apa yang telah aku dapat kat sini? Hurm let's see. Bila bandingkan sekolah aku dengan SESERI, benda yang paling jauh berbeza ialah disiplin. Yess, kat sana diaorang pandai atur masa dan aktif either dalam / luar kelas. Tapi yela kan, memang masa diaorang fix kena ikut je jadual yang sekolah dah tetapkan & diaorang macam takda apa-apa hiburan selain novel, tak macam kita yang bebas nak buat apa-apa pun. Sebab tulah kita ni takda disiplin diri kot hehe. Lepas tu aku envy gila dengan confidence diaorang bila bercakap depan public. Kalau aku depan public, mesti takut takut berani je nak mengadap diaorang hahaha. Salah satu faktor mungkin sebab diaorang dah biasa bagi announcement manual je kot. Overall aku nak kata cuma sekolah tu excellent lah. Nak langgar peraturan sekolah pun tak berani ouh. Ok la, setakat ni je mampu aku taip. Pengalaman kat SESERI ada baik buruknya tapi macam ada some Seserians cakap kat aku sebelum balik hari tu, "ambil yang jernih, buang yang keruh". :)

Sedikit sebanyak gambar kitaorang kat SESERI;

Labels: , ,


April 07, 2012 @ 5:46:00 AM | 0 comments


>KBAI. FFFFUUUUUU.

April 06, 2012 @ 5:45:00 PM | 0 comments


SPM
oh my, bape bulan je lagi spm ouh. even my parents keep pushing me to study as if i'm a robot or something. ugh books, please be good to me. i'm sick of being stressful the whole two years .___. for God sake I need straight A's for the sake of my future T___T

Labels: ,


Cuz you're like a caffeine
"I can't fall asleep at night"