Bzzzzzz
June 14, 2012 @ 1:58:00 AM | 0 comments


Ya Allah, setelah 2 minggu sweet moment dengan diri sendiri dekat rumah, kenapa datang sekolah terus je nak menyakitkan hati aku? Ya kawan-kawan, RESULT MIDTERM EXAM SEBELUM CUTI TU! Seriously aku lupa langsung pasal result exam. Sudahlah time cuti aku bukan study pun. Duk otp dengan Alia memanjang je. Nak sms dengan Atiqah memang tak ah. Asyik-asyik makan angin kat hospital je pfftt.

Ok, first day je dah buat aku down habis. Hari Isnin tu aku dapat paper Maths. Masa cikgu masuk tu aku nampak kekecewaan pada air wajah cikgu. (wuuuu ayat bajet terer BM xDD)  Cikgu start bercakap, tanpa senyum sikit pun. Katanya dia kecewa dengan beberapa orang pelajar dalam kelas aku and bla bla bla yang aku tak berapa ingat sebab tengah tension. Aku sangat confident yang aku salah seorang daripada pelajar yang dimaksudkan cikgu. Sebab apa? Sebab waktu exam Maths Paper 2 aku tertinggal kalkulator kat rumah uwaaaaaa! T______T Lepas dah cakap semua tu, cikgu bagi balik kertas-kertas keramat tu kat kitaorang. Masa tu berdegup-degup jantung aku. . . .


Paper 1 aku alhamdulillah no problem tapi Paper 2 aku tak berani nak check, fobia. Kertas tu ada depan mata aku, terbalik. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku pusing kertas tu and . . .


Erkkkk, macam yang aku sangkakan. DOOMED. (Aku tak nak reveal nombornya, maluuuu) Teruk gila! Seriously aku frustrated yang amat lepas tengok result Maths cennggitu. Aku tak berani pandang cikgu dah lepas tu. Sekali cikgu datang kat aku tanya "Aifa ada masalah ke dalam Maths?" Aku dengan rendah diri, malu, jawab "Mintak maaf, cikgu. Sebenarnya takda masalah. Cuma masa paper 2 haritu tak bawak kalkulator. Sorry sangat, cikgu!" Cikgu geleng kepala, senyum lemah. Kedengaran bunyi keluhan sikit sekali. Sumpahh, lepas ni kalau ada apa-apa exam aku tak nak dah tukar beg! Menyesal tahap maksima weh! >_<

Aku saja check balik Paper 2 tu sebab nak check balik jawapan sebenarnya. And aku terjumpa something yang sangatlah interesting. Aku baru teringat aku ada tulis small note untuk cikgu kat hujung kertas tu ouh. Lawak pulak hahaha. xD

*Gambar blur, maklumlah fon tak bape nak canggih


Sekian, terima kasih. Assalamua'laikum. Bbuing bbuing. :3

Untunglah
June 12, 2012 @ 5:32:00 AM | 0 comments


Assalamua'laikum dan salam mubarakah ku ucapkan buat para pembaca sekalian.
*Eii, skema nya ayat aku. Geli geli! xD

Hmm hari ni dah masuk hari kedua kita bersekolah semula setelah dua minggu kita melepak, melancong, menganggur, meninggalkan buku, meng-online, mengtidur, mengbuli adik, mengtwitter, mengjaga malam dan segala meng-meng yang sewaktu dengannya pada musim cuti sekolah. Best kan dating dengan cuti sekolah? Freedommmmmmm!

So bagaimana anda luangkan cuti sekolah anda? Cuti sekolah aku awesome! Aku pergi KLIA~ Haaaa, hebat kan? Nak tahu aku melancong ke mana pergi KLIA? Aku kan . . . . . . melancong kat . . . . . . . . . KLIA jelah. Lol aku pergi sana nak hantar Ummi, Opah, Pah Wan, Pah Chu, Mama Colin, Adam & Arisha pergi Vietnam sebenarnya. Diaorang semua stay 4 hari 3 malam kat sana. Aku kena tinggal kat Malaysia sebab mak aku suruh aku melawat menantu kesayangan dia, Kim Myungsoo nun jauh di Korea sana. *tipu je lol. So ni ada beberapa keping gambar yang sempat diculik oleh mak aku di sana;

Ummi kata pelarian Vietnam dulu sorok sini daripada Tentera Amerika. Kesian :'(


Arisha gedik selca I

Arisha gedik selca II

Ummi and Mama Collin :3

Ummi wif  a random Vietnamese woman.

On ze boat. Arisha snap gambar epik fail -.-

Kapten Vietnam whoot whoot! haha

Arisha gedik selca III

Adam julinggg -.-

Arisha gedik IV

Arisha gedik selca V

Arisha gedik selca VI

Apa kes budak ni -.-/

Somewhere in Vietnam

Ummi & Opah comel :'3

Opah comel :D
Kat hotel, last day
Last day. Balik M'sia cepat yaw!

Dalam . . bas kot. Entah.
Finally . . . home.

Haa, ni ada bonus video pengalaman adik aku dua ekor ni dalam kapal terbang & Adam roll like a buffalo xD  Apa diaorang dua ni mengarut pun aku tak tahulah. Kau tengoklah si Arisha tu, sikit-sikit selca naik menyampah aku dibuatnya pffttt. Patutlah rumah sunyi je takda diaorang & surprisingly aku lebih suka keadaan cenggini nghahaha ya, saya kakak yang kejam. >:D




Best kan cuti sekolah aku? Tsk tsk sepatutnya cerita pasal aktiviti aku tapi disebabkan aku hanya terperuk di dalam rumah buat folio + NiE sambilcuritulangonlinefacebooksertatweetdanfangirling, aku takda bahan cerita nak taip kat sini lol sedihnyaaa. ;___; Ok lah, sampai sini je aku boleh cerita. Next post nanti pandai-pandailah aku fikir nak cerita pasal apa pulak. Kbai, Assalamua'laikum.




EXTRA:
LIKE FATHER, LIKE DAUGHTER. HAHAHA DERP!


LOL KBAI! xDD

Triple Crown
June 03, 2012 @ 2:03:00 AM | 0 comments


Mula-mula menang kat M Countdown


Second win pulak kat Music Bank


And hari ni, triple crown kat Inkigayo


Wow, maju dah Infinite sekarang. Nothing could describe how I feel right other than being proud :') Imma proud Inspirit <3

Tapi kan, I miss the old them. Diaorang sekarang nampak tak bermaya dan letih sangat. Tengok cara diaorang interact kat Ranking King pun dah tau diaorang penat. Cerita tu entah kenapa aku rasa macam diaorang berlakon, lagi-lagi Yeol. I want my choding oppa back! Kenapa dia control macho kat cerita tu! Chodingggg, dasi dorawa! T.T

To be honest, aku lagi suka zaman Come Back Again, She's Back dulu. Inspirits tak ramai dan kami hidup bahagia je. Inspirits sekarang menyampah aku kebanyakannya selalu berebut bias. I mean like hello, Infinite ada 7 orang je. Macam kau sorang je boleh minat dia. Lainlah kalau diaorang boleh klonkan diri lepas tu kahwin dengan setiap Inspirit (bestnya .___. lol) Lepas tu, Inspirits sekarang pilih bias berdasarkan rupa, bukan bakat. Harap je nak bias-bias tapi lagu Infinite yang lain hampeh tak tahu langsung. //facepalm// Aku admit memang aku bias kat L sebab dia comelhothensemdanyangsewaktudengannya tapi the main reason why I biased him because of the spirit he showed to us. Dulu suara dia tak berapa nak mantop sangat berbanding sekarang. But comeback after comeback, I can see the changes in him little by little. Bukan dia sorang je, member Infinite yang lain pun. Aku paling respect kat Hoya & Gyu. Hoya sebab parents dia pernah against dengan minat dia dulu but seeing him now makes me realise betapa susah payahnya dia nak sampai ke tahap ni. As for Gyu, dia dah try banyak trainee audition dulu. Dia dapat company yang kurang menyerlah, Woolim Ent. But it's not the ending yet. Dia trained under Woolim selama beberapa tahun and see how is he doing now? Extraordinary.

So my main point here is to discover their talents first instead of their appearance. Tapi seriously, aku nak diaorang yang dulu. Less controversy, less chaos, more bliss. I miss them.

Walk with me
June 02, 2012 @ 6:55:00 PM | 0 comments


Assalamua'laikum.


Muka creepy aku bila dah balik rumah @11:40 pm lol

Amik kau. Bagi salam takda mukadimah, takda pendahuluan, terus bagi dua tepek gambar muka penat aku menayang gigi vampire aku bersama kucing aku (Nama penuh Sylverster, nama pendek Shabite, nickname Speaker sebab dia bising macam siren) membeliakkan matanya ala-ala D.O. Exo. Horror tak? Ngahahaha. *Tengok gelang tu, tanda saya Inspirit sejati hohohoho lol nak jugak showoff. Gedikkk.

Semalam sehari suntuk tak mengadap komputer. Baru ingat nak siapkan folio Addmaths tapi Abah ajak pergi Ikea pula, nak beli kerusi untuk meja study kat rumah lagi satu. Btw, masa aku on the way ke Ikea semalam kat lampu trafik dekat dengan Sunway Giza tu kan, aku ternampak signboard ni.

Le signboard

 Lololol teringat Panda Tao! Sebenarnya dah lama perasan signboard kedai makan ni, sebelum Exo debut lagi tapi fandom punya pasal I see the signboard in different way now. xD


Ni kedai dia.

Kat Ikea habis semua tempat aku explore, dari A to Z. Budak gedik memang suka menggedik itu pasal lah lol apa ayat aku ni. Lepas dah ambil kerusi untuk meja study kat Rak 13, Section 40 (tu pun nak bagitau pfftt), kitaorang menuju ke counter untuk bayar. Masa nak bayar kat counter Ikea kan, aku terjumpa 2 beradik cina ni. Nyihhhh geram aku dengan diaorang.

Suka hati aku je tangkap gambar anak orang lol

Grr geram aku dengan budak kecik tu. Comel sangat. Aku dengan suka hatinya gelar dia Ricky sebab telinga cabangnya mengingatkan aku pada Ricky Teen Top lololol. xD Abang dia pulak nampak nerd sebab pakai spek, comel je. Tapi gambar tu dia pandang belakang tsk tsk. Ada lagi sorang cina jugak, seriously muka dia ada iras-iras Jongup. Tapi dia pendek, kepala dia pun entah kenapa nampak besar ngahahaha. xD Tak sempat snap gambar dia sebab takut dia perasan.

Then around Zuhur time, kitaorang pergi makan tengahari kat Seksyen 6, Kota Damansara kejap.

Budak gedik tengah tunggu makanan.


Lepas tu kitaorang gerak ke rumah lagi satu tu. (Haih menyampahnya aku asyik cakap pasal rumah tu. Tak pepasal aku kena cop sebagai budak kaya sebab rumah tu walhal sudah terang lagi bersuluh bahawa parents aku yang berwang, bukan aku, bukan beruang) Abah pasang macam-macam benda yang dah beli kat Ikea tadi untuk upgrade kan lagi rumah tu. Maklumlah tak menghuni rumah tu lagi, masih kosong.

Lepas dah pasang semua benda tu, lama aku menanti bila lah nak balik rumah yang berinternet ni. Sampai terlelap dibuatnya. Lepas tu boleh pula waktu maghrib Abah pergi masjid, dahlah ada kuliah Maghrib. Memang aku & Alia ni takda kerja lain terpaksa melepak kat sana lah kan. :| Around 9 pm, baru Abah sampai rumah. Tapi kitaorang boleh lagi rileks sembang sakan kat dapur pasal mereka yang bertuah dapat pergi Vietnam tu sambil minum kopi lepas tu sedangkan dalam hati aku ingat nak balik rumah siapkan folio je lol. Dah rehat-rehat semua tu, pukul 11 suku baru gerak.

Dah sampai rumah aku dah mindset ingat nak sambung siapkan folio tu tapi jari-jemari aku ni mengada pergi taip "twitter.com" dan meleretlah sesi berchatting bersama beberapa ahli twitter yang lain hingga ke larut pagi. Aku siap tanya Nadiah lagi pasal that folio crap. Dia kata dia punya dah separa jalan. Untunglah, aku punya baru kat penghargaan. See, betapa teruknya perangai anak dara pada hari ini kah-3. Seteruk-teruk aku pun, Myungsoo berkenan dengan aku lalalalala. *pentipuan besar yang amatlah obvious lol

*celahan: Eh, aku terdengar lagu With You kat ruang tamu lah. Omgeeeeee teringat Grandpa Gyu sepettttt *O*

Bila fikir balik kan, apa motif aku cerita semua benda ni? Lol alkisah yang sebenar-benarnya cumalah nak bagitau aku tak siap folio Addmaths je. Tapi sampai ke benda lain pun aku cerita. Consider jelah tu sebagai info tambahan ya. Manalah tahu aku dah famous nanti senang kerja paparazi nak buat news pasal aku lol mula dah kerepekan aku. NiE yang setakat menang Pizza Hut sekeping tu pun tak sentuh lagi. Ok bai, nak siapkan folio. Annyeong! ^^/


p/s: cuba kira berapa banyak perkataan "folio" dalam post ni. Siapa betul dia menang motor! Lol kbai.

Cuz you're like a caffeine
"I can't fall asleep at night"