SESERI
Baru-baru ni sekolah aku ada anjurkan program Inap Intelek (aku pun tak tau apa makna di sebaliknya. malas nak amik tau pfftt), tahun lepas pun ada. Kitaorang kena duduk kat SESERI for a week kunun-kununnya sebagai motivasi nak tingkatkan semangat belajar untuk SPM lah. Aku join sebab mak aku suruh padahal aku takda hati pun nak pegi. Tapi sebab sayangkan mak aku, aku pegi jela. Lagipun free of charge, cuma sediakan transportation ke sana je. So yeah, aku baru je balik tadi. Ni nak cite lah macam mana progression kat sana.
The first day we got there, ada some SESERI prefects kat situ & agihkan kitaorang ikut dorm masing-msing plus tolong kitaorng angkat barang masuk dorm. Baby, Tzi Yee & Choi Niy satu dorm, Syu & Fatin satu dorm and Aku & Syady satu dorm (Brassilium 1). Nama setiap dorm semua ikut nama saintifik orkid. Masa mula-mula masuk tu awkwaaarddd gilaaaa! Diaorang tanya soalan, aku jawab & vice versa. Tapi diaorang ramai yang jenis gila-gila so tak teruk sangat lah perasaan awkward tu. Friendly jugak lah diaorang. :) Lepas tu, bab katil pulak aku sebelah Syady kat hujung bilik dan katilnya tingkat atas. Ya Allah, malasnya aku nak naik turun tangga katil ouh. Nak tidur pun ada obstacle tapi nak buat macam mana, I had to deal with it sebab aku ni tetamu diaorang je. Siapa aku nak berdiva-diva kat situ kan~ Locker pun satu. Aku dapat locker yang first skali, depan pintu masuk. Pffttt aku nak tukar baju pun tak senang ouh. Sebab tu selalu pakai baju kat toilet je, private sikit. Syady pulak dapat locker dekat dengan katil. Untung lerr. :p Oh ya, lupa nak cerita. Katdorm tu kitaorang terjumpa sorang student form 4 ex SMKS10KD nama dia Ayu! :) Memang ayu je orangnya, lawa pulak tu. :*) Dia excited gila ouh bila jumpa kitaorang hahaha. Ada lah kitaorang sembang pasal manusia-manusia yang kitaorang kenal kat Sec10.
Masuk 6.40 pm, diaorang semua kena berkumpul kat Dewan Makan untuk dinner. Tempat duduk semua fix. Meja kitaorang exactly belakang meja VVIP. Diaorang kat sana kalau nak makan kena bawak sudu garfu, kalau tak kena demerit. Kesian gila. Tapi kan aku tak kisah sangat dengan rule tu sebab makanan dia sedap-sedap belaka, memang fantastic baby! Ada haritu kitorang makan nasi ayam uwaaaaa rezeki. :"3 Lepas habis makan, ada sorang pengawas datang kat meja kitaorang & bagitau kelas masing-masing. Aku & Syady dapat kelas 5 Fialaara, yang lain aku tak ingat kelas apa. Kelas dia pun ikut nama saintifik orkid. Oh sungguh, lupa nak cerita! Masa tu kitaorang dah habis makan. Masa tengah beratur nak letak pinggan, tiba-tiba Sarahani tegur aku "kenal tak sape?" Uwaaa, tak sangka terjumpa dia balik lepas dua tahun tak jumpa dah. Baby peluk ketat-ketat dia masa tu ouh. Rindu gila kot. Lepas makan semua tu, solat maghrib & Isya'. Malam Ahad tu aku tidur tak lena ouh duk fikir macam mana lah keadaan aku kat kelas Fialaara tu.
Hari Isnin sudah tiba. Aku bangun pukul 5.30 pagi tapi ramai gila dah cop. Kat sana diaorang ada satu budaya ni yang dipanggil 'after tandas'. Wokayy, aku tak suka betul bila diaorang reti cop tandas tapi tak reti nak masuk tandas yang telah dicop tu awal-awal. First time dalam hidup aku tengok budaya ni. Memang culture shock kot! Syady siap kena halau lagi ouh. Aku rasa budaya ni sesuatu benda yang amatlah tidak wajar dicontohi. Sepatutnya siapa cepat dia dapat lah adoii. ==" Lepas dah siap mandi, pakai baju sekolah, solat Subuh, breakfast semua tu, kitaorang kena bergerak ke Dewan Gemala Puteri (DGP). Kebetulan masa tu diaorang lancarkan Minggu Teknik dan Vokasional / Matematik. Perghh maju gila sekolah tu. Pengetua dia buat pelancaran tu guna LCD projector. Ohsem gila. Sekolah aku setakat cikgu bebel-bebel je.
Habis bla bla bla dgn pelancaran tu, kitaorang masuk kelas pulak. Ok, classmates aku semua boleh tahan lah. Meja aku depan Syady, kat row kedua tepi tingkap. Walaupun tak berapa rapat dengan diaorang, aku envy gila dengan cara diaorang aktifkan diri dalam kelas. Luar kelas diaorang macam biasa suka main-main tapi bila dalam kelas 100% fokus & serius. Salah satu faktor dia mungkin sebab cikgu diaorang garang-garang belaka kot. Tak macam cikgu kitaorang, supporting. :) Lagi satu fakta yang aku nak kupas kan, sekolah diaorang memang suka guna LCD projector lah. Presentation kat kelas guna projektor, cikgu diaorang pun ajar guna projektor. Projektor tu touch screen pulak tuh! Memang jakun habis-habisan tengok teknologi advance macam tu ada kat sekolah diaorang. K, bab presentation tu memang aku jelly lah. Tapi tang cikgu mengajar guna projektor tu aku tak setuju. Sepatutnya cikgu yang ajar, bukan komputer. Tapi yela kan, diaorang semua budak excellent. Cikgu ajar macam mana pun cepat tangkap. Kalau lah sekolah aku guna method macam ni, memang aku blur sampai akhir tahun agaknya. Waktu addmaths, kitaorang akan pergi bilik addmaths, Miss Ding ajar. Hari tu kitaorng belajar pasal graphing and Miss Ding perkenalkan Graphing Calculator kat kitaorang. Ya Allah, jakun betul aku tengok line dia bergerak kat kalkulator tu. Aku rasa macam baru belajar a,b,c ouh. xD Lepas tu en, masa last day kat sana waktu english cikgu (Miss Samimi) suruh buat latihan literature. Dah siap buat latihan tu, aku pun hantar lah (sebab malas nak bawak balik hohoho). Tiba-tiba en, Miss Samimi mintak address sekolah. Ok, cuak kot. She even asked my class name at SMKS4KD! Entah kenapa masa tu intuition aku rasa cikgu nak datang sekolah aku nak datang check kelas aku lol tak pepasal pulak.
Banyak lagi benda yang aku nak cerita tapi malas nak taip hehe. Ok, meh sini aku refresh balik Seserians yang aku ingat ----
Roommates- Ain; ketua dorm Brassi 1, Ayu; ex-student SMKS10, Anis; Heliza look-alike / budak kuat nyanyi, Athirah; the one yg selalu tolong aku cop tempat mandi (thanks dik! ^^), Rona; the one yang selalu mandi awal, Xin Yee; jiran locker kekeke. Dia ni sweet je ^^, Izlyn; jarang jumpa sbb dia busy dgn hoki tapi dia amatlah friendly ^^, Atiqah; inspirit satu dorm yg baru jumpa masa balik sobs3 T_T, Nudra; roommate paling banyak mulut xD Yang lain tu aku ingat lagi rupa diaorang tapi tak ingat nama lah. Sorry korang! Mungkin kita tak cukup masa untuk kenal kot. /╯﹏╰\
Classmates- Arina; ketua kelas 5 Fialaara dari Penang, Nadhilah; meja aku sebelah meja dia tapi tak banyak cakap, entah kenapa. Tapi serius dia comel ^^, Aida Wafa; selalu duduk sebelah dia waktu Addmaths; sangatlah peramah :) Nama kitaorang pun lebih kurang sama haha, Eirra; dia duduk sebelah Syady, peramah sangat ^^, Amalina; dia rapat dengan Mya & Iylia, Siti Amalina; kesian dia patah tangan x), Umairah; suka tengok muka dia comel bebeno *0*, Nadia; dia baik ^^, Diana; jenis gila-gila sikit haha, Nisha; jarang ckp dgn dia tapi dia baik ^^ Ada lagi sorang aku ingat dia PRS duduk sebelah Nadhilah. Aku paling ingat muka dia sebab dia pandai libatkan diri dalam kelas, kreatif pulak tuh. Tapi sayang, aku ni nyanyuk tak ingat nama dia. T_T Yang lain aku ingat lagi rupa diaorang tapi serius aku dah lupa nama diaorang. Haishh otak aku ni problem betul lah. ಥ_ಥ
So, apa yang telah aku dapat kat sini? Hurm let's see. Bila bandingkan sekolah aku dengan SESERI, benda yang paling jauh berbeza ialah disiplin. Yess, kat sana diaorang pandai atur masa dan aktif either dalam / luar kelas. Tapi yela kan, memang masa diaorang fix kena ikut je jadual yang sekolah dah tetapkan & diaorang macam takda apa-apa hiburan selain novel, tak macam kita yang bebas nak buat apa-apa pun. Sebab tulah kita ni takda disiplin diri kot hehe. Lepas tu aku envy gila dengan confidence diaorang bila bercakap depan public. Kalau aku depan public, mesti takut takut berani je nak mengadap diaorang hahaha. Salah satu faktor mungkin sebab diaorang dah biasa bagi announcement manual je kot. Overall aku nak kata cuma sekolah tu excellent lah. Nak langgar peraturan sekolah pun tak berani ouh. Ok la, setakat ni je mampu aku taip. Pengalaman kat SESERI ada baik buruknya tapi macam ada some Seserians cakap kat aku sebelum balik hari tu, "ambil yang jernih, buang yang keruh". :)
Sedikit sebanyak gambar kitaorang kat SESERI;
Labels: friends, school, seseri