I'm Ain't a Belieber
April 28, 2012 @ 2:11:00 AM | 0 comments


Tahun lepas Ummi ada hantar aku & adik aku, Alia pergi Excel Q-Minds Camp kat Semenyih, Negeri Sembilan masa cuti sekolah. Alaaa, camp yang selalu keluar kat iklan IKIM.FM tu pfftt. Mak aku hantar sebab kunun-kununnya dapat respon yang baik daripada golongan parents yang dah hantar anak-anak diaorang ke sana. Ibu bapa mungkin fikir macam tu tapi keadaan aku kat dorm dia seriously bosan, nak cari kawan punyalah susah sebab budak-budak kat sana teramat sangatlah gedik sekali. Malas aku nak layan. Tapi facilitators dia semua awesome. Favourite aku Ustaz Ebit Liew. Dia dah lah alim, sporting, comel pulak tu hohoho. Aku suka tengok dia senyum, sweet je. Untung betul isteri dia dapat dia. Selamat hidup dia dunia akhirat, insyaAllah.

So korang mesti terfikir apa kena-mengena kem ni dengan title post kan? Lol masa kat kem tu, ada sorang lelaki ni rupa dia sejibik macam Bieber. Aku ingat lagi minah-minah satu dorm aku sibuk berebut nak cop dia sampai perang mulut lagi pfftt entah apa-apa entah. Sikit pun tak comel, comel lagi Myungsoo aku (sempat lagi memuji husband tersayang xD). Makin membuak-buak perasan menyampah kat dia jadinya walhal dia tak buat apa-apa salah kat aku pun nyahahaha. Aku bagi gelaran kat dia Bieber jongang sebab ada sekali masa tazkirah solat maghrib hari tu ada sape tah panggil dia Bieber Jongang so aku ikut je lah hahaha. Lepas 4 hari 3 malam kat sana, akhirnya aku bebas daripada cengkaman Excel Q-Mind. Freedoommmm! :D

Setelah beberapa bulan meninggalkan waktu silam yang pahit lagi masam tersebut, nak jadi cerita, semalam Alia saja browse facebook dia lepas balik dari asrama dia. Biasalah nak lepas rindu kat facebook since the last 2 weeks dia tak boleh balik rumah. Masa dia tengah browse tu, dia saja check page Excel Q-Minds tu, nak tengok gambar kitaorang kat sana. Masa tengah check tu, dia terjumpa satu facebook ni nama dia "Amirul Iffat"macam famous semacam kat page tu. Dari icon kecik dia, tengok macam kenal je rupa dia. Sekali bila bukak profile dia... Walah, si Bieber Jongang rupanya! xD Baru aku tahu nama dia Amirul Iffat rupanya. Selama ni aku kenal dia sebagai Bieber Jongang je hahaha.

Alia tak berani add dia at first, tapi lepas aku add baru dia add. Aku kisah apa dia nak add ke tak tapi aku tanpa panjang akal pergi add budak tu, saja nak confirm-kan betul ke dia si jongang tu. Lepas tu dia jawab lah ha'ah, dia pernah pergi sana plus dia digelar "Bieber" kat sana. Aku cuma dapat jawab "ouh" & persoalan aku dah terjawab. Aku ingat conversation kitaorang dah habis tau, tapi tiba-tiba dia tambah dia kata dia ingat lagi rupa aku. Aku agak terkejut jugak sebab aku tak menonjol sangat kat kem tu. Aku pun cakap lah yang aku tak sangka dia ingat aku. Sekali lepas tu kan, dia kata kan... aku comel. Pfftt memang mintak lempang percuma betul budak ni. Nasib baik aku sabar lagi. Aku nafikan lah kenyataan dia tu sebab seriously muka aku biasa je. Lepas tu dia tanya umur aku. Aku jawab aku Form 5 tahun ni. Lepas tu korang nak tahu dia jawab apa? "Tua lah akak comel ni". Pffftttt berani dia panggil aku tua! Memang dia nak reserve sekali makan kasut aku agaknya. Aku tanya balik, Iffat ni umur dia berapa. Then dia jawab yang dia baru Form 2. Ok, budak lagi si jongang ni rupanya. Aku ingat dia around form 3,4 macam tu sebab dia tinggi gila. Maknanya masa kem dulu dia masih form 1 lah sekaligus barulah aku sedar bahawa ramai betul perempuan pedobear tahun lepas hahaha. xD

Aku cerita kat Alia pasal si Bieber jongang ni cakap aku comel, and all. Gelak berguling-guling dia dengar aku cerita ouh. Sejak tu, dia asyik panggil aku Belieber jeh sampai sekarang pfftt. Lepas tu kebetulan bulan lepas aku ada beli headset Beats tiruan edisi Justin Bieber punya, yang warna purple tu. Alia tak habis-habis asyik tunjuk benda alah tu kat aku sambil buat senyuman sinis dia tu. Aku beli sebab lawa je, bukan minat JB pun pffttt. Tak pasal-pasal sekarang aku rasa macam nak buang je headset tu hahaha. Makin annoying adik aku ni bila dia selalu nyanyi lagu Boyfriend menggunakan suara bajet hot dia tu kat aku. Pfftt baik aku layan Boyfriend kpop tu. Darn you, Bieber! Sebab kau adik aku dah tak betul hahaha. xD

Curious macammana rupa si jongos ni? Nah,

BIEBER JONGANG

Kau tekan lah link tu. Aku tak nak blog aku dicemari oleh replika Bieber. Kbai. xD

Labels: ,


Cuz you're like a caffeine
"I can't fall asleep at night"