Addmaths Project 2012
May 03, 2012 @ 4:36:00 AM | 0 comments


Dekat sekolah semalam, kitaorang 5 Amanah bincang soalan Addmaths ramai-ramai bersama Cikgu Azniza (yang sepatutnya kena siapkan masa Hari Pekerja haritu tepat pada jam 10.45 pagi, pesan cikgu lol) Lepas dah bincang semua benda alah ni sampai serabut kepala otak kitaorang dibuatnya, tiba-tiba cikgu buat satu pengumuman iaitu satu pengumuman yang tidak mahu didengari oleh setiap pelajar yang mengambil subjek Additional Mathematics (nak jugak tulis panjang-panjang pffftt). Cikgu kata kitaorang dah boleh mulakan Folio Addmaths cuti sekolah ni dan serahkan arahan soalannya kepada kami segerombolan tadi, grrr. Fffffuuuu seriously soalan dia memang buat aku !@#$%^&*() habis-habisan. Tercengang kejap aku bila dah habis semak soalan dia.

Tapi di saat aku kusut kepala terfikir macam mana nak siapkan folio ni, tiba-tiba cikgu tambah "Awak semua boleh buat ikut suka hati secara berkumpulan ataupun secara individu. Awak nak google ke, tanya cikgu ke, buat sendiri ke, suka hati awak. Yang penting siap." Bila dah dengar cikgu cakap macam tu apa lagi, makin melimpah-melimpah kasih sayang aku curahkan kat cikgu. Muah muah sayang cikgu! xD <3

Balik rumah tadi lepas dah mandi apa semua tu, terus aku bukak laptop search dengan bersungguh-sungguhnya pasal folio neh. Cari punya cari selama berjam-jam lamanya *buat muka serius*....


*klik gambar untuk tumbesaran tulang yang efektif!


Walah, hasil penat lelah aku cari jawapan folio Addmaths tu. Tak sia-sia aku gooooogle. Thanks pakcik Google! Sayang kauuu! <3 Oh awak ni, don't mention it. You are mostly welcome wahai 95-lines. Kbai. xD


*cr: 3C (Cikgu Cina Comel)

Cuz you're like a caffeine
"I can't fall asleep at night"