Walk with me
June 02, 2012 @ 6:55:00 PM | 0 comments


Assalamua'laikum.


Muka creepy aku bila dah balik rumah @11:40 pm lol

Amik kau. Bagi salam takda mukadimah, takda pendahuluan, terus bagi dua tepek gambar muka penat aku menayang gigi vampire aku bersama kucing aku (Nama penuh Sylverster, nama pendek Shabite, nickname Speaker sebab dia bising macam siren) membeliakkan matanya ala-ala D.O. Exo. Horror tak? Ngahahaha. *Tengok gelang tu, tanda saya Inspirit sejati hohohoho lol nak jugak showoff. Gedikkk.

Semalam sehari suntuk tak mengadap komputer. Baru ingat nak siapkan folio Addmaths tapi Abah ajak pergi Ikea pula, nak beli kerusi untuk meja study kat rumah lagi satu. Btw, masa aku on the way ke Ikea semalam kat lampu trafik dekat dengan Sunway Giza tu kan, aku ternampak signboard ni.

Le signboard

 Lololol teringat Panda Tao! Sebenarnya dah lama perasan signboard kedai makan ni, sebelum Exo debut lagi tapi fandom punya pasal I see the signboard in different way now. xD


Ni kedai dia.

Kat Ikea habis semua tempat aku explore, dari A to Z. Budak gedik memang suka menggedik itu pasal lah lol apa ayat aku ni. Lepas dah ambil kerusi untuk meja study kat Rak 13, Section 40 (tu pun nak bagitau pfftt), kitaorang menuju ke counter untuk bayar. Masa nak bayar kat counter Ikea kan, aku terjumpa 2 beradik cina ni. Nyihhhh geram aku dengan diaorang.

Suka hati aku je tangkap gambar anak orang lol

Grr geram aku dengan budak kecik tu. Comel sangat. Aku dengan suka hatinya gelar dia Ricky sebab telinga cabangnya mengingatkan aku pada Ricky Teen Top lololol. xD Abang dia pulak nampak nerd sebab pakai spek, comel je. Tapi gambar tu dia pandang belakang tsk tsk. Ada lagi sorang cina jugak, seriously muka dia ada iras-iras Jongup. Tapi dia pendek, kepala dia pun entah kenapa nampak besar ngahahaha. xD Tak sempat snap gambar dia sebab takut dia perasan.

Then around Zuhur time, kitaorang pergi makan tengahari kat Seksyen 6, Kota Damansara kejap.

Budak gedik tengah tunggu makanan.


Lepas tu kitaorang gerak ke rumah lagi satu tu. (Haih menyampahnya aku asyik cakap pasal rumah tu. Tak pepasal aku kena cop sebagai budak kaya sebab rumah tu walhal sudah terang lagi bersuluh bahawa parents aku yang berwang, bukan aku, bukan beruang) Abah pasang macam-macam benda yang dah beli kat Ikea tadi untuk upgrade kan lagi rumah tu. Maklumlah tak menghuni rumah tu lagi, masih kosong.

Lepas dah pasang semua benda tu, lama aku menanti bila lah nak balik rumah yang berinternet ni. Sampai terlelap dibuatnya. Lepas tu boleh pula waktu maghrib Abah pergi masjid, dahlah ada kuliah Maghrib. Memang aku & Alia ni takda kerja lain terpaksa melepak kat sana lah kan. :| Around 9 pm, baru Abah sampai rumah. Tapi kitaorang boleh lagi rileks sembang sakan kat dapur pasal mereka yang bertuah dapat pergi Vietnam tu sambil minum kopi lepas tu sedangkan dalam hati aku ingat nak balik rumah siapkan folio je lol. Dah rehat-rehat semua tu, pukul 11 suku baru gerak.

Dah sampai rumah aku dah mindset ingat nak sambung siapkan folio tu tapi jari-jemari aku ni mengada pergi taip "twitter.com" dan meleretlah sesi berchatting bersama beberapa ahli twitter yang lain hingga ke larut pagi. Aku siap tanya Nadiah lagi pasal that folio crap. Dia kata dia punya dah separa jalan. Untunglah, aku punya baru kat penghargaan. See, betapa teruknya perangai anak dara pada hari ini kah-3. Seteruk-teruk aku pun, Myungsoo berkenan dengan aku lalalalala. *pentipuan besar yang amatlah obvious lol

*celahan: Eh, aku terdengar lagu With You kat ruang tamu lah. Omgeeeeee teringat Grandpa Gyu sepettttt *O*

Bila fikir balik kan, apa motif aku cerita semua benda ni? Lol alkisah yang sebenar-benarnya cumalah nak bagitau aku tak siap folio Addmaths je. Tapi sampai ke benda lain pun aku cerita. Consider jelah tu sebagai info tambahan ya. Manalah tahu aku dah famous nanti senang kerja paparazi nak buat news pasal aku lol mula dah kerepekan aku. NiE yang setakat menang Pizza Hut sekeping tu pun tak sentuh lagi. Ok bai, nak siapkan folio. Annyeong! ^^/


p/s: cuba kira berapa banyak perkataan "folio" dalam post ni. Siapa betul dia menang motor! Lol kbai.

Cuz you're like a caffeine
"I can't fall asleep at night"