Bzzzzzz
June 14, 2012 @ 1:58:00 AM | 0 comments


Ya Allah, setelah 2 minggu sweet moment dengan diri sendiri dekat rumah, kenapa datang sekolah terus je nak menyakitkan hati aku? Ya kawan-kawan, RESULT MIDTERM EXAM SEBELUM CUTI TU! Seriously aku lupa langsung pasal result exam. Sudahlah time cuti aku bukan study pun. Duk otp dengan Alia memanjang je. Nak sms dengan Atiqah memang tak ah. Asyik-asyik makan angin kat hospital je pfftt.

Ok, first day je dah buat aku down habis. Hari Isnin tu aku dapat paper Maths. Masa cikgu masuk tu aku nampak kekecewaan pada air wajah cikgu. (wuuuu ayat bajet terer BM xDD)  Cikgu start bercakap, tanpa senyum sikit pun. Katanya dia kecewa dengan beberapa orang pelajar dalam kelas aku and bla bla bla yang aku tak berapa ingat sebab tengah tension. Aku sangat confident yang aku salah seorang daripada pelajar yang dimaksudkan cikgu. Sebab apa? Sebab waktu exam Maths Paper 2 aku tertinggal kalkulator kat rumah uwaaaaaa! T______T Lepas dah cakap semua tu, cikgu bagi balik kertas-kertas keramat tu kat kitaorang. Masa tu berdegup-degup jantung aku. . . .


Paper 1 aku alhamdulillah no problem tapi Paper 2 aku tak berani nak check, fobia. Kertas tu ada depan mata aku, terbalik. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku pusing kertas tu and . . .


Erkkkk, macam yang aku sangkakan. DOOMED. (Aku tak nak reveal nombornya, maluuuu) Teruk gila! Seriously aku frustrated yang amat lepas tengok result Maths cennggitu. Aku tak berani pandang cikgu dah lepas tu. Sekali cikgu datang kat aku tanya "Aifa ada masalah ke dalam Maths?" Aku dengan rendah diri, malu, jawab "Mintak maaf, cikgu. Sebenarnya takda masalah. Cuma masa paper 2 haritu tak bawak kalkulator. Sorry sangat, cikgu!" Cikgu geleng kepala, senyum lemah. Kedengaran bunyi keluhan sikit sekali. Sumpahh, lepas ni kalau ada apa-apa exam aku tak nak dah tukar beg! Menyesal tahap maksima weh! >_<

Aku saja check balik Paper 2 tu sebab nak check balik jawapan sebenarnya. And aku terjumpa something yang sangatlah interesting. Aku baru teringat aku ada tulis small note untuk cikgu kat hujung kertas tu ouh. Lawak pulak hahaha. xD

*Gambar blur, maklumlah fon tak bape nak canggih


Sekian, terima kasih. Assalamua'laikum. Bbuing bbuing. :3

Cuz you're like a caffeine
"I can't fall asleep at night"